Wednesday, 17 February 2016

MESRA BERSAMA PELANGGAN


Salam  sejahtera buat pelanggan Perodua yang dihormati,

Bersempena dengan kempen 'Kembali Untuk Anda'  kami bersebar hati  menjemput
anda semua ke lokasi di bawah ini bagi bersama-sama menjayakan
program  yang direkakan khas untuk para pelanggan Perodua.

PROGRAM : PERODUA TWECKBOT

TARIKH : 19 FEB HINGGA 21 FEB 2016

MASA : 10.00 PAGI HINGGA 5.00 PTG

LOKASI : GIANT  MUAR (TANJUNG AGAS)


Jom  datang beramai-ramai dan lakukan INSPECTION PERCUMA keatas kenderaan Perodua Anda!

Bukan itu saja.. anda juga layak dapat DISKAUN 20%  untuk pembelian alat ganti & aksesori.

Jangan lepaskan peluang ini. Ayuh jumpa kami di Giant Muar. Hanya 3 hari saja!!!



PERODUA SALES SDN BHD
PUSAT  SERVIS
E49 BATU 2 JALAN BAKRI
84000 MUAR, JOHOR DT
TEL : 06-953 7499, 953 9581, 953 9577
FAX : 06-953 7400 



Saturday, 26 December 2015

YEAR END STOCK TAKE 2015

Hi semua...

Mohon maaf kerana lambat update untuk maklumkan bahwa pada tarikh berikut kami tidak dapat menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan kenderaan pelanggan semua disebabkan aktiviti pengiraan stok [spare-parts + aksesori + lubricant]

SABTU @ 26 DISEMBER 2015

Bagaimanapun Pusat Servis kami akan beroperasi seperti biasa bermula pada hari Isnin 28 Disember 2015 nanti ya..

Untuk membuat kerja2 penyelenggaraan, sila call kami untuk tetapkan tarikh TEMUJANJI anda..

06-953 9581
06-953 7499
06-953 9577
  06-953 6713


Ingat PERODUA.. Ingat kami di Pusat Servis Muar !!     

Tuesday, 22 December 2015

ACTIVITI DI PERODUA MUAR


Assaalam para pelanggan Perodua yang di hormati dan di sayangi..
Setelah sekian lama kami menyepikan diri, hari ini kami ingin berkongsi kegembiraan kami
bersama para pelanggan yang telah datang ke Pusat Servis Perodua Muar.
Mereka yang datang ini bertujuan menyelenggara kenderaan perodua di samping
menyertai aktiviti "KEMPEN U-FIRST" dimana ianya adalah merupakan 'Membership Card' 
dan di reka khas sebagai menghargai para pelanggan sekalian.

Keahlian adalah PERCUMA
Terbuka kepada pemilik kenderaan Perodua dan juga Non-Perodua

Kelebihan menyertai kelab U-First
* Mendapat mata terkumpul (point) untuk setiap servis yang dijalankan
dan pembelian alat-ganti & aksesori
* Penebusan mata (point) kepada barangan Perodua
* Menyertai aktiviti2 yang dianjurkan oleh Perodua

JOM kunjungi Pusat Servis Perodua Muar untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut.












Friday, 5 September 2014

THURSDAY SPECIAL.. Hanya di Pusat Servis Perodua Muar



'THURSDAY SPECIAL'

Apa yang istimewanya hari Khamis di Pusat Servis Perodua Muar?

Ha.. kami mengadakan 'Hari Pemeriksaan (Inspection)' kenderaan Perodua anda yang telah tamat tempoh waranti

pada caj yang sangat special.

Caj dikenakan hanya RM11.00 untuk 43 point check listing yang mana caj biasa adalah RM28.00.

Bukan itu sahaja,  jika ada pembelian parts pada hari tersebut juga, anda layak mendapat

Parts Discount sebanyak 15%

Nak tunggu lagi?

Jangan.. Tak Perlu.. Rugi..

Meh le ramai2 ke Pusat Servis Perodua Muar untuk mendapatkan tawaran hebat ini.


** Tawaran tamat sehingga diberitahu kelak **

Monday, 25 August 2014

SERVICE BONANZA (16/8 - 31/10/2014)


Salam hormat..

Berminat utk dapatkan harga parts diskaun dari 5% hingga 20% ?
Perodua sedang menjalankan promosi ini dari 16 Ogos 2014 sehingga 31 Oktober 2014.

Jom dtg ke pusat servis muar dan dapatkan segera sebelum kehabisan stok!

(hanya pada barangan terpilih shj)
BRAKE PAD KIT
TIMING BELT KIT
WIPER BLADE
LEATHER SEAT
DOOR VISOR
ACCOUSTIC INSULATOR
SILICONE ANTI-SLIP MAT
CAN TYRE SEALANT



Sunday, 24 August 2014

BISMILLAHIRAHMANIRAHIM..


Salam perkenalan dari kami, Perodua Servis Muar untuk semua pembaca samada pelanggan Perodua mahupun 'bakal pelanggan' Perodua. Tujuan blog ini di wujudkan adalah untuk memberi makluman kepada anda semua berkaitan aktiviti kami di pusat servis, info terbaru & juga maklum balas dari pelanggan berkaitan produk atau pun servis kami.

Sila beri komen yang positif demi penambahbaikan produk dan servis kami untuk para pelanggan yang kami hormati.

Terima kasih dan Salam Hormat!